Unit Fizik

Cuba kenali ayat ini. "Saya ada 5 epal". Apa yang anda bayangkan?. Sesetengah orang akan bayangkan saya mempunyai 5 biji epal manakala sesetengah orang bayangkan saya mempunyai 5 potong epal, 5 guni, 5 lori dan sebagainya.


Oleh itu, sangat penting mempunyai penjodoh bilangan bagi epal tersebut. Kes yang sama juga boleh dikenakan pada kuantiti. Ia perlukan unit sebagai penjodoh bilangan.


Contohnya, "panjang gambar tersebut adalah 6" merupakan ayat yang tidak lengkap kerana ia boleh jadi 6 centimeter, 6 meter, 6 kilometer dan sebagainya. Dengan melengkapkan kuantiti dengan unit, barulah pengukuran sesuatu perkara akan jadi lebih jelas. Jika kita ada ayat

"Panjang ular itu adalah 1 meter"
Panjang adalah kuantiti
meter adalah unit

Sama seperti kuantiti, unit juga boleh dipendekkan menjadi simbol yang ringkas. Ini memudahkan dalam menyelesaikan masalah dimana kita perlu menulis banyak kali. Oleh kerana terlalu banyak kuantiti yang hendak diceritakan, kita akan fokus pada kuantiti asas sahaja. Senarai kuantiti asas dan SI unitnya adalah seperti berikut.











Comments

Popular Posts