Nombor piawai fizik

 Rumusan: langkah menukar ke nombor piawai

1. Kenalpasti nombor pertama yang bukan dari kiri (123456 / 0.00095432
2. Gerakkan titik perpuluhan ke kiri atau ke kanan sehingga belakang no pada langkah 1 (1.23456 9.5432)
3. Pilih 2 titik perpuluhan atau 3 no bererti dari nombor pada langkah 2 (1.23 9.54)
4. Darab dengan 10 kuasa (berapa kali titik perpuluhan bergerak) 1.23x10^5 / 9.54x10^4)
5. Jika titik perpuluhan gerak ke kanan, kuasa itu adalah negatif, jika kekiri positif (1.23x10^5 / 9.54x10^-4)


Penerangan:
Dalam menyelesaikan masalah, kita perlu menggunakan tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Contohnya

Masalah berikut:
5 + 3 x 7 = ?
Jalan kerja
5 + 3 x 7 = x
5 + (3 x 7) = x
5 + 21 = x

26 = x  *Selesai

Sesetengah orang fizik perlu sentiasa mengukur, dan setiap orang mempunyai ukurang yang berbeza. Ada yang ukurannya besar nilainya, dan ada yang ukurannya kecil nilainya. Contoh ukuran yang besar ialah

2319877912759018479174219047109487124901740918241904287

dan contoh ukuran kecil seperti

0.000000000000000000000000000000000000000000000000000557

jika kita menyelesaikan masalah, kita perlu menulis nombor ni berulang kali di setiap baris seperti masalah di atas, ia akan menjadi sangat panjang, melecehkan dan menyusahkan. Oleh itu, kita boleh memudahkan urusan tersebut dengan menukar bentuk di atas kepada bentuk piawai. Bentuk piawai menjadikan nombor panjang kepada pendek tanpa menukar nilainya. Sama seperti 5 432 789 diubah kepada 5 juta.

Pertama sekali, kita perlu tahu bagaimana bentuk no piawai. No piawai adalah no yang berbentuk
Ax10^x (A didarab 10 kuasa x)
Hanya no A dan x yang boleh berubah. No A datang dari no yang kita nak ubah yang panjang tadi, dan x pula bergantung kepada berapa banyak titik perpuluhan itu dialihkan

Cara untuk menukar nombor kepada no piawai boleh dibahagi kepada 3 langkah. Cara ini berkait dengan menggerakkan titik perpuluhan. Oleh itu kita perlu tahu kesan mengubah titik perpuluhan. Dengan menggerakkan titik perpuluhan ke kiri1 kali, nilai x akan naik sebanyak 1 (asalnya 0).

Contohnya
10 (titik perpuluhan di belakang 0, biasanya no bulat tidak ditunjukkan titik perpuluhannya, tapi dia ada.
tukar kepada
1.0 (gerakkan titik perpuluhan dari belakang 0 ke belakang 1 (ke kiri satu kali)
nilai itu akan didarab dengan 10 kuasa 1 (kerana gerak ke kiri satu kali, nilai x naik 1 dari 0)

No piawai yang terhasil adalah
1 x 10 ^ 1
​Ya, nilai ini nampak lagi panjang dari sebelumnya. Tapi, jika kita ada no yang sangat panjang, ia akan jadi jauh lebih pendek. Apabila kita tukar no
2319877912759018479174219047109487124901740918241904287 tadi kepada
2.3 x 10 ^ 54 sahaja

Cara yang sama juga apabila kita gerakkan titik perpuluhan ke kanan bagi nombor yang kecil. Cuma yang berbeza ialah nombor yang kecil kita akan gerakkan titik perpuluhan ke kanan, jadi kuasa bagi 10 ataupun x adalah negatif nilainya.

Rumusan:  langkah menukar ke nombor piawai
1. Kenalpasti nombor pertama yang bukan dari kiri (123456 / 0.00095432
2. Gerakkan titik perpuluhan ke kiri atau ke kanan sehingga belakang no pada langkah 1 (1.23456 9.5432)
3. Pilih 2 titik perpuluhan atau 3 no bererti dari nombor pada langkah 2 (1.23 9.54)
4. Darab dengan 10 kuasa (berapa kali titik perpuluhan bergerak) 1.23x10^5 / 9.54x10^4)
5. Jika titik perpuluhan gerak ke kanan, kuasa itu adalah negatif, jika kekiri positif (1.23x10^5 / 9.54x10^-4)

Untuk memastikan nombor yang kita ubah adalah betul, kita perlu fahami apa yang kita buat sebenarnya. Apabila kita letakkan 10 kuasa tertentu, dia akan jadi gandaan yang sama seperti sa, puluh, ratus ribu dan sebagainya.
Contohnya (^ adalah kuasa)
10^0 = 1
10^1 = 10
10^2 = 100
dan seterusnya. kuasa tu seolah olah bilangan kosong di belakang nombornya
10^-1 = 0.1
10^-2 = 0.01
10^-3 = 0.001

oleh itu, jika kita ada 
154 menjadi 1.54x10^2 atau 1.54 x 100 akan dapat nilai yang sama, jadi pertukaran adalah betul
0.034 menjadi 3.4x10^-2 atau 3.4 x 0.01 akan dapat nilai yang sama juga.


Comments

Popular Posts