Pengukuran dalam Fizik

 Pengukuran adalah faktor terpenting dalam fizik. Ini kerana subjek fizik melibatkan perkara yang pasti dan bukan perkara yang subjektif. Contohnya, jika kita membandingkan dua objek hanya dengan mengatakan objek tersebut tinggi atau rendah, ia tidak dapat diterima.


Ini kerana apabila kita bandingkan objek tersebut secara bersebelahan, ia mungkin tidak lah setinggi atau serendah yang dinyatakan. Tetapi, apabila kita mengukur objek tersebut dan memberikan nilai yang tepat, nilai itu tidak akan berubah walaupun setelah kita letakkan objek tersebut bersebelahan.

​Disebabkan itulah orang fizik akan sentiasa memerlukan nombor, dan perkara subjektif yang tidak boleh diukur seperti kebaikan, kecantikan tidak diminati dalam konsep fizik.

Comments

Popular Posts