Kuantiti Asas dan Kuantiti Terbitan

 Kuantiti boleh dibahagikan kepada dua yaitu kuantiti asas dan kuantiti terbitan. Ada banyak kuantiti yang manusia gunakan dalam kehidupan dan mengkategorikan kuantiti boleh dibuat dengan kriteria yang mudah.


Haiwan boleh dikategorikan kepada kriteria yang paling asas, yaitu bertulang belakang dan tidak bertulang belakang. Dengan konsep yang sama, kuantiti dibahagi kepada kuantiti asas dan terbitan. Kuantiti asas adalah kuantiti yang tidak boleh dipecahkan lagi kepada kuantiti yang lebih kecil, tapi kuantiti terbitan boleh.Ini kerana, kuantiti terbitan merupakan gabungan dua atau lebih kuantiti asas.Terdapat 7 kuantiti asas dalam fizik. Oleh itu amat mudah untuk menghafal kuantiti asas ini dan kuantiti yang lain mestilah kuantiti terbitan. Kuantiti asas ialah:

Panjang
Jisim
Masa
Suhu
Arus Elektrik
Kuantiti Bahan
Kecerahan

Dalam menjadi orang fizik, kita mesti suka meringkaskan sesuatu perkara. Ia membantu kita menulis nota kajian yang lebih pendek kerana kuantiti akan ditulis berulang kali terutama dalam pengiraan.

​Oleh itu, setiap kuantiti tersebut kita wakilkan sebuah simbol kepadanya, supaya dengan melihat simbol tersebut kita akan tahu kuantiti yang dimaksudkan.Ada simbol yang digunakan secara meluas seluruh dunia seperti di bawah, tetapi mewakilkan simbol lain juga boleh asalkan anda tahu maksudnya.

Panjang / l
Jisim / m
Masa / t
Suhu / T
Arus Elektrik / I
Kuantiti Bahan / n
Kecerahan / Iv

Comments

Popular Posts