Darul Ehsan

Perkara yang paling saya berbangga ialah menjadi seorang muslim. Selain ituu saya berbangga dilahirkan di tanah tumpah darah ku Malaysia tercinta, yang aman dan makmur, mempunyai keluarga yang baik dan mempunyai rezeki yang cukup. Selain itu, saya juga amat berbangga dilahirkan sebagai rakyat Selangor Darul Ehsan. Bukan untuk bersikap kenegerian, tetapi memang amat bersyukur kerana saya percaya banyak perkara yang saya tidak akan dapat di negeri lain. No offense.

Selangor merupakan negeri yang antara terkaya di Malaysia. Kedudukan yang strategik membolehkan ia mempunyai antara pelabuhan yang terpenting disamping menjadi tumpuan kemajuan dan teknologi. Jangan lupa Kuala Lumpur dan Putrajaya juga adalah milik Selangor asalnya. Selangor juga memiliki banyak mercu tanda yang unik.

Semua ini tidak terbanding dengan punca mengapa Selangor menjadi sebegini hebat. Ia sudah pasti kerana mempunyai pemimpin yang dirahmati dan diberkati, disamping dihormati rakyatnya. Tidak lain tidak bukan Sultan Selangor sendiri. Kewibawaannye amat saya hormati sehinggakan taat dan setia yang saya berikan tidak berbelah bagi. Jangan hina negeri dan Sultan saya kerana anda tiada asas untuk melakukannya.

Sultan Selangor merupakan seseorang yang amat mementingkan Islam. Di samping itu baginda juga seorang yang menjaga rakyatnya dengan baik dan aktif dalam isu semasa. Baginda kuat membaca dan mempunyai perpustakaan yang besar. Kehadirannya memberi rahmat kepada seluruh rakyat kerana menjadi pemimpin yang direstui Allah, lalu dilimpahkan rahmatnya.

Antara jasa baginda yang amat saya hargai ialah terbina mercu tanda Selangor yang paling penting. Masjid Negeri. Masjid kedua terbesar di Asia Tenggara, Kubah terbesar di dunia, mengundang Ratu Elizabeth melihatnya, menara kedua tertinggi di dunia dan berbagai lagi ciri ciri yang menakjubkan. Lebih mengagumkan apabila Sultan Selangor juga memilih tapak masjid, asalnya di bukit dimana UiTM Shah Alam berada,ke tempat sekarang. Baginda menderma elaun nya 4 bulan kepada masjid tersebut, di samping 4 lampu chandelier dan sebuah jam 600 tahun dibeli di Hong Kong. Berada di masjid ini dan anda akan rasa keunikanya, perasaan berada di dalamnya dan melihatnya dari jauh. Semua jasa baginda amat saya hargai dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membalas dan menjaga setiap yang baginda wariskan

Daulat Tuanku

Comments

Popular Posts