SI Unit Fizik

 Bagi kuantiti panjang, unit yang digunakan mesti mempunyai akhiran meter di belakangnya. Kita mesti pernah dengar tentang meter, centimeter, kilometer dan sebagainya. Kilometer adalah lebih besar dari centimeter.


Bagi orang yang bekerja dengan objek yang kecil contohnya mainan, dia akan biasa menggunakan centimeter, bagi yang melibatkan diri dengan kereta sebenar akan menggunakan meter dan bagi yang bekerja dengan jarak yang dilalui kereta akan menggunakan kilometer.




Oleh itu, akan jadi kekeliruan apabila setiap orang ni mengemukakan nilai masing masing. Maka, untuk mengatasi masalah ini, kita menggunakan SI (Standard Internationale) unit. SI unit adalah unit yang dipersetujui oleh majoriti manusia yang akan menjadi penanda aras. Contohnya, meter adalah SI unit bagi panjang.

Maka, yang menggunakan centimeter dan kilometer mestilah menukarnya kepada meter jika mahu menyelesaikan masalah dimana melibatkan orang lain yang akan melihat masalah yang sama. 

​Oleh kerana terlalu banyak kuantiti yang hendak diceritakan, kita akan fokus pada kuantiti asas sahaja. Senarai kuantiti asas dan SI unitnya adalah seperti berikut.

Panjang > meter
Jisim > kilogram
Masa > saat
Suhu > Kelvin
Arus Elektrik > Ampere
Kuantiti Bahan > mol
Kecerahan > lux

Sama seperti kuantiti, unit juga boleh dipendekkan menjadi simbol yang ringkas. Ini memudahkan dalam menyelesaikan masalah dimana kita perlu menulis banyak kali. Simbol bagi setiap unit bagi setiap kuantiti asas adalah seperti berikut

meter / m
kilogram / kg
saat / s
Kelvin / K
Ampere / A
mol / mol
lux / lx

​Oleh itu, dari pernyataan
"Panjang ular itu adalah 1 meter"
boleh dipendekkan kepada
l=1m
dimana l adalah simbol kuantiti panjang
dan m adalah simbol bagi SI unit meter

Comments

Popular Posts